Monday, November 12, 2007

Cuba Menulis Semula

Mmmmm.. resah sedikit hari ini memandangkan cuaca yang panas. Bila dibelek belek semula blog lama, tak ingat pulak password dia... username pun tak ingat. Tak mengapa. Tapi aku gagahkan juga hari ni untuk menulis dalam blog baru. Aku naik hot memandnagkan harga barang naik...

Berita terbaru kerajan akan menghentikan pengeluaran duit 1 sen dan meminta semua peniaga dan pemborong membundarkan harga. "membundarkan" tidak membawa erti mana pun, namun demikian "membundarkan" bersamaan maksud dengan "rounding UP". What does "round up" mean?. It means "bulat menaik" atau membundarkan ke atas. Maknanya 1.92 sen akan dibundar kan ke RM 2.00? atau kerajaan cerdik sedikit daripada 1.92 ke 1.90. Atau 1.95?

Apa implikasinya? Agaknya mudahlah sikit kerajaan nak naikkan minyak. Dulu naik 3 sen, 2 sen. La ni tak payah fikir panjang panjang..sekali naik palin kurang 5 cent (5 sent masih ada). Pergh...kerajaan kita memmang cerdik cerdik belaka.

Maklumlah ramai pemimpin yang pergi sekolah tapi tidor... Tapi sesunggunya orang yang selalu tidor kat sekolah tidak bermakna tidak boleh maju. Banyak contoh contoh yang kita boleh lihat. Macam kawan aku tu, kat sekolah tidor je.... sampai kena sound dengan lecturer. Tapi tidor tidor dia pun kerja kat oversea heheheeh

Implikasi lain. Nampaknya semua barang akan dinaikkan harga ke atas. Tidak pernah dengar peniaga mahu rugi. Harus diingat transaction amatlah besar. kalau lah terdapat sejumlah 1 billion barangan bergerak harga sebanyak satu sen..(kan banyak barang harga dia 1.99 2.99 dan sebaginya) berapakah kenaikan tambahan itu?satu sen = 1% daripada seringgit. 1% dari 1 billion? Berapa ya? 1 billion = 1000 juta. 1% daripada 1000 juta ialah 10 juta. Maknanya 1 billion boleh menambah pendapatan kepada 10 juta!

Ini semua menambah kepada inflasi. semua orang faham apa itu inflasi. Tetapi bagi menerangkan dengan lebih baik kita gunakan terma "kuasa membeli". Katalah satu mamat KL duduk di KL gajinya RM2000 dan sorang mamat tu duduk di kelantan dengan gaji RM 1000 ringgit. Katalah sekor ayam di KL harganya 10 ringgit, kat kelantan 5 ringgit. Mamat A boleh membeli 200 ekor ayam, mamat B pun boleh beli 200 ayam. Soalannya sapa yang lebih kaya?
Kita boleh simpulkan bahawa mamat A gaji besar duduk KL tetapi dia tak sekaya mana, kayanya sama dengan ammat B kerja kelantan Apa yang menyebabkan nilai Rm 2000 mamat A sama dengan RM 1000 mamat B?Adakah disebabkan kat KL banyak rasuah? hartanah tinggi, sewa pun tinggi... macamana ye?

hehehehe tunggu........

No comments: